Entry nie spatutnyer ak buat mase thun 2010,tp cm tkde mase nk update.haha...so nie ak just cite skit laa time pegi Global Outreach to HongKong 2010.
Seramai 20org yang menyertai GOP nie, 10 org pelajar tahun 3 dan 10 org pelajar tahun 4 kos Remote Sensing. Bertolak ke HongKong dari airport penang pada jam 6pagi dan sampai di HongKong lebih kurang jam 9.40pg.
Waiting at Airport Penang 3.32 am |
We are ready to go! |
Oleh kerana kami nak cukupkan bujet, kami tidak ambil pakej tourism dan pergi kesana dengan sendiri. So, ktorg tempah Budget Hotel di Chungkin Mansion, Tsim Shia Tsui. Nasib baik transportation di HongKong nie sgt teratur, jadi tiada masalah bagi kami untuk travel sendiri ke destinasi yang ingin dituju. Kami hanya perlu membeli Octopus card utk dipakai bagi bayaran ape jua jenis public transport. And thanx to pakcik Google, ktorg leh google jalan dgn senangnyer dan juga refer pada peta HongKong.
Hotel Budget nie sememangnyer btol2 bujet! sebab pe? tgklaa betapa sempitnyer lorong tuu...dalam bilik pun,satu bilik duduk 4org,memang klu jalan bertemu blakang member masing2.huhu..
Biasanya kalau dah program GOP yang ditaja Universiti nie,mesti nak kene ilmiah skit kan. Tapi ktrog best sgt2!! sebab dapat lecturer pengiring yang sporting habis! hehe En. Sam mmg memberi kepercayaan kepada ktorg untuk lakukan aktiviti masing-masing. So, dalam 8 hari tinggal di sana.ktorg mmg sgt2 enjoy!
Day 1: sampai-sampai ke hotel yang kami tempah tu dalam pkul 11.30pg , awal2 dtg tu ade laa gaduh jgk dgn owner hotel tuu sbb hal pembayaran deposit yang sepatutnya ktorg mmg dh byr n dia mintak lg. Situasi agak panas jgk sbb ktorg mmg penat plus tk dpt msuk blik lg.Finally dpt msuk bilik,tgk bilik yang sangat kecik...1 blik duk smpi 4org.mmg budget sgt2. dan mase dtg nie beg masing2 sume penuh dgn barang makanan spt roti,megi dan sbg.sbb nk duduk kt HK nie seminggu ssh jgk nk cari mknn halal yg murah kn. Then, bile dah smpi nie even penat pun still excited sgt nk tgk bndr HK nie. Jadi kami berehat dahulu pd waktu ptg, malam bru keluar meronda2.
Sememangnya bandar HK nie sgt padat dgn bangunan dan meriah dgn penduduknya. Kalau dilihatkan, bangunan2 di HK nie sume rapat2.mmg tkde ruang kosong lah!
Day2: Masuk hari kedua, pagi nie ada aktiviti ilmiah skit. so,ktorg remote sensing students akan melawat company ESRI di Hongkong,company nie merupakan company yang mereka software untuk proses image satellite dan byk lagi aplikasinya. Kami bergerak ke ESRI dgn menaiki MRT (train) dan berjalan kaki untuk mencari company tersebut. Salah seorg daripada kami tertinggal semasa menaiki train, dan nasib baik yang tertinggal tu chinese. Tapi akhirnya kitorg sume slamat sampi di ESRI dan rakan yg tertinggal tu pn berjaya ditemukan.
Pada waktu malam pula, aktiviti mlm 2day ktorg adalah pegi jalan2 ke night market.Terjumpa pelancong dari Malaysia jg,so ktorg pun ambil gmbr bersama-sama. Night market di HK nie mmg macam2 ade dan murah2 jgk brgnyer. Mmg kalau sape suke shopping mmg dah tk keruan laa,juz kene pandai menawar harga.
Balik dari night market,ktorg semua berpecah. masing-masing ade plan masing2 untuk menikmati pemandangan bandar HK. Me and my besties Ray, Fasha, Mimi dan Ayu, ktorg menghabiskan malam tu dengan meronda2 disekitar bandar HK dan mencari makanan, sbb da sgt lapar. So,ktorg pun dlm misi mencari McD. Dlm perjalanan ke sana, terserempak dgn sorg uncle yang sgt baik hati sbb sedekahkan duit pd kami untuk belanja makan di McD. ^_^V (rasa sgt2 bertuah mlm tuu...rezki dtg tanpa diduga)
Hari2 seterusnya kami melawat ke tempat2 biasa tarikan pelancong, seperti museum art, museum sains dan sebagainya. Yang paling menarik adalah laser show pada waktu malam tepat jam 8pm di Avenue of Stars. Semua bangunan2 tersebut seolah2 memancarkan laser mengikut rentak music.
Di Avenue of Stars ni terdapat juga kawasan seperti "hollywood star walk" yang mane setiap tile yang dikhaskan ditandatangani oleh artis terkemuka HongKong. Ada juga patung BruceLee dan byk lagi. Tempat nie sememangnya tempat yang sgt cntik untuk bergambar.
Day 4: Kami melawat ke Politech HongKong dan University of Hong Kong.
Seperti biasa, waktu malam kami memang akan penuh dgn aktiviti bersiar-siar disekitar bandar HK. Semua tempat kami ingin pergi. Kali nie ktorg cuba nk try makanan street pulak. Tapi ktorg juz cari yang seafood sahaja sbb yang len ssh, tak halal. dapat makan sotong bakar yang sgt best n cold noodle dgn kuah pedas. atleast dpt jgk isi perut kami yang kosong nie. Duduk di HK mmg ktorg mkn megi n roti je laa. nasi kadang2 jer dpt,tuu pun sbb ade org Pakistan jual mknn halal,tapi mahal jgk laa. Fist time ktorg sampai di Chungkin Mansion tuu,mcm da masuk bandar Pakistan, sbb ramai sgt orang Pakistan,bangla dan nigeria.
But the best part is, ktorg jumpa satu gerai minuman buble tea "Gong Cha". Oolong layer tea dia mmg msyuk!! serious best! dan baru2 nie Gong Cha bru sahaja dibuka di Malaysia. ^_^ pls try dorg punya Oolong layer tea. soO creamy n pearl dia pun best.
Then hari2 yang free dari aktiviti lawatan ilmiah, ktorg mengambil peluang untuk pergi ke Taman tema seperti Ocean Park, Disneyland dan juga menaiki ferry pada waktu malam,menikmati pemandangan bandar HK diwaktu malam mmg sgt menarik dan tak dapat dilupakan.
Ape yang menariknya di Ocean Park nie, time ktorg melawat ke sana adalah pada minggu sambutan Holloween. So byk permainan dan tema-tema di Ocean Park tersebut berunsurkan Holloween.
Bukan sahaja di Ocean Park yang bertemakan Holloween, di Disneyland juga turut memeriahkan suasana dgn bertemakan Holloween. Pada waktu malam, adanya perarakan watak2 dalam disney yang bertemakan holloween dan satu hari berada di Disneyland adalah pengalaman yang paling tak dilupakan buat kami kerana sememangnya semua akan merasakan diri mereka di alam fantasy dan tidak pelik kalau anda lihat even orang dewasa pun akan mencuba permainan budak2. It's disneyland! where dreams come true? lols~
bergambar bersama zombie chef. (dan2 jer Ray beli senduk disneyland pd maknyer.) |
Pendek kata selama 8hari di HK memang merupakan pengalaman yang sgt manis dan tk dapat dilupakan. Dan kalau berpeluang untuk pergi lagi,mmg mahu sgt pergi ke HK lagi. Bandarnya teratur dari segi pengankutan, jalan, byk tempat2 menarik, syurga shopping jga bagi yang shopaholic, dan brg elektroniknya murah, ttp kalau ingin membeli brg elektronik di HK,pastikan cari di tempat yang betul, takut nanti ade yang tiruan punya,cepat rosak. Di sini pun ade jga tempat menjual brg elektronik kalau di Malaysia, Low Yat, disini ada jg tmpat yang mcm tu. Ok, i will just end this entry here...kalau panjang sgt, jadi novel plak dah. =)
Comments
Post a Comment